Tuesday, July 19, 2022

SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BAHARU

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Selamat datang diucapkan kepada pelajar baharu Sesi 1 2022/2023 dan menjadi warga Politeknik Muadzam Shah (PMS). Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah berjaya menempatkan diri dan mendaftar sebagai pelajar di Politeknik Muadzam Shah. Anda telah membuat pilihan yang tepat demi kerjaya pada masa hadapan yang cemerlang. Saya mengharapkan kehadiran pelajar ini sebagai suntikan bagi menjana perkembangan pendidikan untuk membentuk modal insan yang cemerlang.

Akhir kata, jagalah diri anda sebagai seorang pelajar dan jadilah seorang pelajar yang berakhlak, beretika dan bersemangat untuk mengharungi cabaran sebagai seorang pelajar di Politeknik Muadzam Shah.


No comments:

Post a Comment

REHATKAN MINDA

  Bersukan merupakan riadah yang cukup baik, bukan sahaja menyihatkan tubuh malah mampu membentuk minda yang cerdas. Sehubungan dengan itu, ...