Muadzam Shah memiliki kesemua kemudahan awam termasuklah bank seperti Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan Bank Simpanan Nasional, Pejabat Pos, Pejabatn Pendaftaran, mahkamah, JPJ, Jabatan Polis dan Bomba, sekolah-sekolah malah memiliki pusat pengajian bertaraf antarabangsa seperti UNITEN dan Politeknik. Selain itu, Bandar Muadzam Shah juga turut dilengkapi dengan kemudahan hospital awam iaitu Hospital Muadzam Shah. Hospital ini adalah hospital pertama di daerah Rompin yang siap dibina pada tahun 1994. Muadzam Shah juga menjadi tumpuan kepada kawasan sekitar seperti Bukit Ibam, Keratong dan sekitarnya untuk membeli belah keperluan harian.
Wednesday, August 25, 2021
BANDAR MUADZAM SHAH
Bandar Muadzam Shah telah dibuka pada tahun 1979 oleh Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA). Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) telah ditutup setelah lebih 25 tahun mentadbir bandar Muadzam Shah. Penutupan DARA telah menutup ruang dan cita-cita Allahyarham Tun Abdul Razak untuk menjadikan Bandar Muadzam Shah sebagai sebuah bandar pendidikan yang memiliki pentadbiran sendiri. Kini Bandar Muadzam Shah diletakkan dibawah pentadbiran Daerah Rompin. Sebelum itu, bandar Muadzam Shah telah diletakkan di bawah pentadbiran Pekan. Jika diambil kira status pembangunan dan kemajuan bandar, bandar Muadzam Shah adalah lebih maju berbanding Bandar Kuala Rompin. Itulah sebabnya kenapa Bandar Muadzam Shah tidak diletakkan dibawah pentadbiran Pekan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
REHATKAN MINDA
Bersukan merupakan riadah yang cukup baik, bukan sahaja menyihatkan tubuh malah mampu membentuk minda yang cerdas. Sehubungan dengan itu, ...

-
POLITEKNIK MUADZAM SHAH (PMS) merupakan politeknik ke 19 Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi yang terletak di daerah...
-
Bersukan merupakan riadah yang cukup baik, bukan sahaja menyihatkan tubuh malah mampu membentuk minda yang cerdas. Sehubungan dengan itu, ...
-
Ramadhan satu bulan yang penuh keberkatan dan kebaikan tetapi kita selalu menganggap Ramadhan inilah yang dapat mengubah diri kita. Seben...
No comments:
Post a Comment