Thursday, August 26, 2021
SELAMAT DATANG
Wednesday, August 25, 2021
BANDAR MUADZAM SHAH
Muadzam Shah memiliki kesemua kemudahan awam termasuklah bank seperti Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan Bank Simpanan Nasional, Pejabat Pos, Pejabatn Pendaftaran, mahkamah, JPJ, Jabatan Polis dan Bomba, sekolah-sekolah malah memiliki pusat pengajian bertaraf antarabangsa seperti UNITEN dan Politeknik. Selain itu, Bandar Muadzam Shah juga turut dilengkapi dengan kemudahan hospital awam iaitu Hospital Muadzam Shah. Hospital ini adalah hospital pertama di daerah Rompin yang siap dibina pada tahun 1994. Muadzam Shah juga menjadi tumpuan kepada kawasan sekitar seperti Bukit Ibam, Keratong dan sekitarnya untuk membeli belah keperluan harian.
Tuesday, August 24, 2021
POLITEKNIK MUADZAM SHAH
POLITEKNIK MUADZAM SHAH (PMS) merupakan politeknik ke 19 Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi yang terletak di daerah Rompin di negeri Pahang Darul Makmur. Ditubuhkan pada 1 Ogos 2003, PMS mula beroperasi di Kolej Vokasional Muadzam Shah (ketika itu adalah Sekolah Menegah Teknik Muadzam Shah). Diperingkat awal penubuhannya, PMS menawarkan dua program pengajian di peringkat sijil iaitu Sijil Pengajian Perniagaan dan Sijil Teknologi Maklumat pada tahun 2004.
PMS telah beroperasi di kampus baharu yang berkeluasan 156 ekar pada 23 November 2010. Kampus PMS yang beralamat di Lebuhraya Tun Abdul Razak, Muadzam Shah, Pahang telah menempatkan tujuh jabatan utama dan dua jabatan sokongan. Jabatan-jabatan utama ialah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Jabatan Perdagangan (JP), Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) dan Jabatan Hospitaliti & Pelancongan (JPH). Jabatan-jabatan sokongan adalah Jabatan Matematik, sains & komputer (JMSK) dan Jabatan Pengajian Am (JPA).
Selain itu, kampus PMS turut mempunyai kemudahan Dewan Besar, Dewan Kuliah Utama, Dewan Kuliah, Bilik Technology Enabled Collaborative Classroom (TECC Room), Makmal Komputer, Bengkel, Kuaters Kakitangan, Kolej Kediaman Pelajar, Pusat Sukan, Pusat Islam, Kolam Renang dan tempat penginapan Ivory Inn. Antara kemudahan sukan dan permainan yang disediakan adalah trek olahraga, hoki, futsal, bola sepak, ragbi, squash, tenis, badminton, pingpong, takraw dan lain-lain. Trek jogging turut disediakan di sekeliling tasik di tengah-tengah kampus PMS.
Peranan utama PMS ialah untuk menyediakan tenaga pekerja separa profesional dalam bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi, Perdagangan, Kejuruteraan Mekanikal, Rekabentuk & Komunikasi Visual dan Pelancongan & Hospitaliti yang ditawarkan di peringkat diploma kepada kepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Kolej komuniti dan lain-lain istitusi yang berkelayakan.
Jentera penggerak PMS yang terdiri daripada tenaga pensyarah dan staf, sentiasa berganding bahu memikul amanah untuk mencapai hasrat kerajaan menjadikan Malaysia maju pada tahun 2020. Pembangunan modal insan negara dan pendidikan tertiary yang relevan dengan kehendak pasaran adalah moto utama institusi ini.
PMS telah diterajui oleh beberapa orang Pengarah yang berperanan untuk merancang, malaksana, mamantau dan menambahbaik sistem Pengurusan serta menjadi pemangkin kepada kejayaan yang diraih oleh PMS. Mereka terdiri daripada En. Lee Giok Choi (2005 - 2007), Tn Hj. Azmi bin Yahya (2007-2009), En. Rosli bin Hamid (2009-2011), Hjh Norlida binti Abd Razak (2011-2013), En Wan Muhammad Afifi bin Wan Abdullah (2013-2017), En. Shamsuri bin Abdullah (2017-2018) dan Tn Hj. Hassan bin Ismail (2018 - 2022), Tn Hj Che Alias bin Mohd Yusof (2022 - sekarang)
PMS turut menyediakan pelbagai kemudahan sebagai pusat latihan yang mampu menampung keperluan pembangunan latihan dan kursus-kursus, bengkel atau seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) sebagai memaksimumkan fasiliti sedia ada dan sedikit penambahbaikan terhadap kemudahan penginapan untuk keselesaan peserta kursus.
Kolaborasi dengan pihak industri dan beberapa agensi dipergiat dari semasa ke semasa. Ianya termaktub dalam KPI (Petunjuk Prestasi Utama) dan perancangan Pelan Strategik PMS. Aktiviti kemasyarakatan turut menjadi satu keperluan PMS dalam menjalin hubungan muhibbah dengan masyarakat setempat dan agensi-agensi yang berhampiran. Program CSR (Corporate Social Responsibility) dan seumpamanya antara agenda yang dimasukkan dalam takwim aktiviti tahunan PMS pada setiap tahun.
Aktiviti PMS sentiasa ditambah nilai dari semasa ke semasa untuk memastikan PMS beroperasi dengan memegang visi dan misi yang telah digariskan oleh pihak JPPKK dan berkembang selaras dengan hasrat negara untuk mengarus perdanakan pendidikan teknik dan vokasional di negara ini.
REHATKAN MINDA
Bersukan merupakan riadah yang cukup baik, bukan sahaja menyihatkan tubuh malah mampu membentuk minda yang cerdas. Sehubungan dengan itu, ...

-
POLITEKNIK MUADZAM SHAH (PMS) merupakan politeknik ke 19 Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi yang terletak di daerah...
-
Bersukan merupakan riadah yang cukup baik, bukan sahaja menyihatkan tubuh malah mampu membentuk minda yang cerdas. Sehubungan dengan itu, ...
-
Ramadhan satu bulan yang penuh keberkatan dan kebaikan tetapi kita selalu menganggap Ramadhan inilah yang dapat mengubah diri kita. Seben...