POLITEKNIK WARISAN KITA
Wednesday, November 23, 2022
REHATKAN MINDA
Thursday, November 10, 2022
TAHNIAH & SYABAS GRADUAN PMS
SALAM KEMERDEKAAN
Tuesday, July 19, 2022
SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BAHARU
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat datang diucapkan kepada pelajar baharu Sesi 1 2022/2023 dan menjadi warga Politeknik Muadzam Shah (PMS). Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah berjaya menempatkan diri dan mendaftar sebagai pelajar di Politeknik Muadzam Shah. Anda telah membuat pilihan yang tepat demi kerjaya pada masa hadapan yang cemerlang. Saya mengharapkan kehadiran pelajar ini sebagai suntikan bagi menjana perkembangan pendidikan untuk membentuk modal insan yang cemerlang.
Akhir kata, jagalah diri anda sebagai seorang pelajar dan jadilah seorang pelajar yang berakhlak, beretika dan bersemangat untuk mengharungi cabaran sebagai seorang pelajar di Politeknik Muadzam Shah.
Tuesday, May 10, 2022
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua saudara mara, sahabat handai yang mengenali diri ini semoga di dalam kandungan sihat hendaknya disamping keluarga tersayang. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan disini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua. Andai kata ada tersalah kata dan perbuatan yang menyinggung perasaan, saya secara peribadi meohon seribu kemaafan.Semoga lebaran ini lebih meriah bersama keluarga setelah 2 tahun kita tidak dapat menyambut hari yang mulia ini. Selamat bercuti.
Saturday, March 12, 2022
SELAMAT MENYAMBUT AWAL RAMADHAN
Ramadhan satu bulan yang penuh keberkatan dan kebaikan tetapi kita selalu menganggap Ramadhan inilah yang dapat mengubah diri kita. Sebenarnya tidak. Ramadhan tidak dapat ubah diri kita tetapi Ramadhan dihadirkan untuk kita didik diri kita.
Ramadhan dihadirkan sebagai satu bulan transformasi untuk kita. Untuk kita mendidik diri berubah ke arah lebih baik supaya lebih dekat dengan Allah. Jadi sayanglah, kalau Ramadhan itu hadir tapi kita langsung tidak bersedia. Langsung tidak berusaha. Seolah-olah mengharapkan bulan Ramadhan itu yang dapat ubah diri kita.
Dalam masa beberapa hari lagi ini menjelang Ramadhan. Jom kita lakukan persediaan yang sebaiknya menghadapi Ramadhan.
Saturday, January 29, 2022
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA
REHATKAN MINDA
Bersukan merupakan riadah yang cukup baik, bukan sahaja menyihatkan tubuh malah mampu membentuk minda yang cerdas. Sehubungan dengan itu, ...

-
POLITEKNIK MUADZAM SHAH (PMS) merupakan politeknik ke 19 Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi yang terletak di daerah...
-
Bersukan merupakan riadah yang cukup baik, bukan sahaja menyihatkan tubuh malah mampu membentuk minda yang cerdas. Sehubungan dengan itu, ...
-
Ramadhan satu bulan yang penuh keberkatan dan kebaikan tetapi kita selalu menganggap Ramadhan inilah yang dapat mengubah diri kita. Seben...