Wednesday, November 23, 2022

REHATKAN MINDA

 

Bersukan merupakan riadah yang cukup baik, bukan sahaja menyihatkan tubuh malah mampu membentuk minda yang cerdas. Sehubungan dengan itu, kegiatan bersukan harus disemai di semua peringkat umur dan harus menjadi salah satu budaya hidup masa kini. Kepada pelajar PMS khasnya, jika ada masa yang terluang pada waktu petang, cuba penuhi aktiviti dengan bersukan kerana minda akan menjadi cergas selain dapat mengurangkan stress. Selamat bersukan.

Thursday, November 10, 2022

TAHNIAH & SYABAS GRADUAN PMS

 


Selamat bergraduasi kepada graduan PMS. Semoga ini menjadi awal yang baik untuk meniti kejayaan yang cemerlang pada masa akan datang. Tetap semangat untuk meraih semua mimpi-mimpi mu. Semoga Allah SWT selalu menyertai setiap langkahmu.

Anda menjadi kebanggan kami semua. Alhamdulillah semoga terus mencipta kecemerlangan dunia dan akhirat. Pada hari ini kita berkongsi kejayaan para graduan dan kegembiraan para ibubapa serta penjaga bersama PMS. Akhir kata tahiah kepada para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dan bakal memperolehi diploma di Majlis Konvokesyen ke 15 PMS pada kali ini.

SALAM KEMERDEKAAN

 


Tanggal 31 Ogos kita menyambut Hari Kebangsaan pada setiap tahun. Seharusnya kita perlu berbangga dengan tanah tumpahnya darah kita ini. Sama-samalah kita mendoakan negara kita agar terus aman, makmur dan harmoni. Seharusnya kita perlu rasa bersyukur di atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu menyemarakkan ikatan perpaduan sesama kita. Jadilah generasi penerus bangsa yang punya rasa cinta kepada tanah air. Jadikanlah Malaysia sebagai sebuah negara yang maju, makmur dan adil.

REHATKAN MINDA

  Bersukan merupakan riadah yang cukup baik, bukan sahaja menyihatkan tubuh malah mampu membentuk minda yang cerdas. Sehubungan dengan itu, ...